Faedah beriadah di taman rekreasi kepada keluarga

Gundana

Aktiviti riadah dan rekreasi bersama keluarga mendatangkan banyak faedah kepada diri dan keluarga. Tidak kira walau di mana pun kita tinggal, KakNjang pasti tentu ada satu kawasan riadah di persekitaran yang berhampiran untuk komuniti setempat bersenam dan beriadah secara sendirian mahupun bersama keluarga.  Tidak kira lah samada di kawasan tasik, taman bunga atau hutan rekreasi, tempat-tempat riadah seperti ini perlu dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat.

Riadah dan rekreasi keluarga

Ini cerita pagi tadi, KakNjang dan BangNjang bawa anak-anak beriadah bersama-sama di Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka. Trek yang dilalui hanyalah sejauh 4km. Mungkin pada sesetengah individu, mereka boleh habiskan trek terebut di bawah 30 minit. Tapi KakNjang sekeluarga mengambil masa selama 1 jam untuk tamatkan perjalanan 4km tersebut.

Memang penat. Tapi seronok dengan keletah anak-anak kecik dan besar, tak kira di mana mereka pasti ada usikan dan gurauan serta gelak ketawa tidak kurang juga merajuk tak puas hati dengan adik atau kakak. Budak-budak…

Jadi, apa bagusnya riadah dan rekreasi bersama keluarga ni?

Meh KakNjang cuba senaraikan mana terlintas di kotak fikiran buat masa ni:

  • Seronok! Rasa hebat!
  • Bina kesatuan keluarga. Family bonding. Keluarga merupakan asas kepada pembentukan dan pembangunan akal dan emosi serta kesejahteraan setiap anak.
  • Mengisi ‘kekosongan’. Ibu ayah sibuk bekerja, luangkan masa dengan beriadah bersama anak-anak. Secara tidak langsung ‘kekosongan’ yang dirasai bila balik sekolah terubat di hujung minggu.
  • Kawal berat badan, tampak lebih hebat dan tubuh lebih sihat!
  • Mencegah pelbagai penyakit termasuk sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.
  • Kuatkan tulang dan otot. Tingkatkan keseimbangan dan koordinasi tubuh.
  • Perbaiki mood, kurangkan tekanan.
  • Bina keyakinan diri dan sifat kerjasama adik beradik.
  • Hilangkan bosan.
BACA JUGA:   Memukau 11 Pantai Tanjung Babia Foto Yang Menakjubkan

dan banyak lagi jika hendak disenaraikan.

Rekreasi keluarga

Dalam proses pendewasaan yang sihat, proses penuaan yang sihat, gaya hidup yang sihat sangatlah penting. Beriadah dan rekriasi bersama keluarga dapat mengurangkan tekanan terhadap anak-anak setelah sepanjang minggu menghadapi pembelajaran di sekolah; begitu juga kita setelah sepanjang minggu bekerja dan menguruskan hal rumahtangga.

Amalkan gaya hidup sihat untuk hidup lebih bahagia bersama insan-insan tersayang!

Live well! Be well!

KakNjang,
AzuraAbdul.com

Artikel berkaitan:

Also Read

Bagikan: